Sebelum Membaca Al Qur An Hendaklah Membaca

Sebaik-baikamalan ialah orang yang belajar dan mengajarkanAl Quran. Setiap Mukmin perlu menjadikanamalan membaca Al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali diabaikan.

Sebelum membaca Al-Quran kita juga digalakkan untuk membaca doa sebelum dan doa selepas baca al quran.

Oleh itu, kami berkongsi dengan anda panduan doa sebelum serta doa selepas baca Quran yang mashyur dan dipermudahkan dengan transliterasi rumi.

Selain itu, saya juga akan menerangkan adab-adab semasa membaca al-Quran.

Mari kita mulakan . . .

Doa Sebelum Baca Quran

Berikut Doa Sebelum Baca Quran:

doa sebelum baca quran jawib

Doa sebelum baca quran rumi:

Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.

Maksud doa sebelum baca quran:

“Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.”


Doa Selepas Baca Quran

Berikut doa selepas baca Quran yang boleh anda amalkan:

doa selepas baca quran

Doa selepas baca quran rumi:

Allahummar HamNaa BilQuran

Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah.

Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu.

AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan

Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maksud doa selepas baca quran:

“Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam.

Amin! Ya Rabbal ‘Alamiin.”


Adab Membaca Al-Quran

Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT. Oleh demikian pembacanya mestilah disertakan dengan adab-adab yang telah ditetapkan.

Antara adab-adab tersebut adalah:

1. Diri seseorang itu mesti suci sebelum memegang al-Quran.

Suci dari hadas kecil dan hadas besar dengan berwuduk atau mandi wajib. Atau bertayammum jika tiada air atau uzur menggunakan air.

Allah SWT berfirman:

“Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci”

(Surah al-Waqiah ayat 79)

2. Memakai pakaian yang bersih dan sempurna pada tempat yang bersih lagi sesuai sebelum mula membaca al-Quran

iii. Sunat membaca al-Quran dengan menghadapkan diri ke arah kiblat.

4. Membaca Isti’azah sebelum membaca ayat-ayat al-Quran.

five Membaca Basmallah dan Ta’awuz, kecuali pada awal surah at-Taubah.

6. Membaca al-Quran dengan betul dengan bertajwid dan tertib-tertib berkaitan.

7. DiHARAMkan membaca al-Quran semasa berjunub, haid dan nifas. Kecuali membaca dengan niat berzikir atau dalam keadaan darurat.

8. Makruh berkata-kata dan ketawa ketika mendengar orang membaca al-Quran

9. Bacalah al-Quran dengan teliti, tidak bergopoh-gapah, menghayati maksudnya dengan khusyu’ dan tawaddu’

10. Disunatkan membaca al-Quran dengann suara nyaring asalkan jangan sampai mengganggu orang lain, supaya dapat menambah semangat dan penumpuan pada bacaan al-Quran tersebut.

11. Disunatkan membaca dengan suara yang baik dan berlagu mengikut lagu-lagu al-Quran (murattal dan taranum).

12. Tutupkan bacaan al-Quran dengan ucapan صَدَقَ اللّٰهُ الْعَظِيمُ dan kemudian berdoa lah.


Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai doa sebelum serta doa selepas baca Quran .

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

Source: https://cerdika.com/my/doa-sebelum-dan-selepas-baca-quran/

Posted by: biggayread.com